? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, July 6, 2009

TeRKeJuT IsTeRi CaNtIk


DI sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, berasal daripada keturunan Imam Hasan ra.


Satu hari, ketika leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, pemuda itu ternampak gugusan epal yang dihanyutkan arus sungai.


Disebabkan sangat lapar, beliau mengambil sebiji epal lalu memakannya. Begitupun, dia kesal selepas sedar dia makan epal itu tanpa izin tuannya. Lalu, dia berjalan menyusur sungai itu sehingga terjumpa sebatang pohon epal yang lebat buahnya.


Yakin bahawa itulah pohon yang dicari, dia menemui pemilik pohon epal berkenaan untuk memohon maaf. Pemilik pohon itu sebenarnya wali yang disegani di kawasan itu dan berasal daripada keturunan Imam Husin ra, dikenali sebagai Syeikh Abdullah.


Beliau tertarik pada keikhlasan dan ketakwaan Abu Salleh lalu berhasrat mengujinya dengan mengenakan syarat, Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun dan tanpa banyak soal Abu Salleh bersetuju dengan syarat itu.


Tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa Syeikh Abdullah untuk memohon maaf atas peristiwa lalu. Syeikh Abdullah bersetuju, tetapi beliau mengenakan syarat baru kepada Abu Salleh.


Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya dia menikahi puterinya, seorang yang digambarkan sebagai lumpuh, buta, tuli dan bisu.


Memikirkan balasan di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan, Abu Salleh reda dan bersetuju menikahi puteri Syeikh Abdullah.


Pada malam pernikahan, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kepada isterinya. Melihat seorang wanita cantik di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangka wanita lain menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya.


Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata: “Wahai Abu Salleh, memang itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia".


Hasil perkahwinan pasangan soleh itu lahirlah seorang wali Allah yang masyhur daripada keturunan Rasulullah SAW, Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau dikenali dengan gelaran ‘Mahyuddin’ bermaksud ‘Yang Menghidupkan Agama’

RuMpUt Yg CaNtIk


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar lelaki bertanya pada seorang cikgu yang sedang mengajar. Ketika itu, cikgu tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog diantara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macamana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, kamu nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut jeye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu dan selepas itu bawa balik ke kelas.

pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula kekelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kitaboleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini,kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihNya,maka kamulah serugi-rugi manusia.